Wednesday, 8 March 2017

UNSUR - UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM






DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

TAJUK : UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM

MARZUKI BIN SEPIAAIL (JABATAN PENGAJIAN AM)

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DET6C)

SESI : DISEMBER 2016

NAMA :
 MEGAT MOHAMAD NAIM BIN MEGAT AZHAR                       (15DET14F1030)       

 MOHAMMAD SYAHIRAN BIN ABDUL MUSALLEB                 (15DET14F1087)  
 MOHAMAD SYAHMI BIN MD SAPARI                                         (15DET14F1110)
 MOHAMAD ADAM BIN ABDUL KADIR                                       (15DET14F1105)
 MUHAMMAD HAFIZUL BIN OMAR                                               (15DET14F1112)
 MUHAMMAD SAFWAN BIN SHABUDDIN                                   (15DET14F1095)

ISI KANDUNGAN

  1. MUKA HADAPAN
  2. ISI KANDUNGAN
  3. PENGENALAN
  4. OBJEKTIF
  5. ISI
  6. KESIMPULAN
  7. SUMBER RUJUKAN
  8. LAMPIRAN

Objektif
  •  Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat. 
  •  Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang terperinci tentang amalan syirik yang semakin        berleluasa.
  •  Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat  yang ditunjukkan di dalam filem.


PENGENALAN



Amalan khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman arab jahiliyyah lagi. Sehingga kini amalan tersebut masih menjadi amalan dalam masyarakat islam.Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah islam.Amalan khurafat mengalir pengantungan manusia daripada Khalik iaitu Allah kepada makhluk yang dicipta oleh Allah. Tajuk yang kami bincangkan ialah megenai unsur-unsur khurafat dalam filem.Khurafat ialah suatu kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya ia sebenarnye dilarang oleh agama islam kerana bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat dalam islam. Selain itu,hal ini dapat memesongkan akidah kita sehingga boleh mengakibatkan kita menyekutukan Allah. Antara contoh perbuatan karut yang diamalkan oleh masyarakat kita pada zaman ini ialah mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang,mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial,membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi kubur dianggap keramat. Pada masa kini kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan termasuklah perfileman yang berusurkan hantu dan seram. Namun, bentuk bentuk hiburan sebegini dapat mengundang kealpaan kepada masyarakat. Lambakan drama dan filem yang berunsurkan tahyul,bidaah dan khurafat mula mendapat kritikan daripada masyarakat yang prihatin dengan perkembangan ini. Ada yang mula merasai keperluan untuk menghadkan pengeluaran drama dan filem sebegini, kerana dikhuatiri mampu mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Antara filem Malaysia yang mengandungi unsur khurafat ialah Munafik, Jangan pandang belakang,Pontianak harum sundal malam, Susuk dan lain-lain lagi. Khurafat berasal dari perkataan Bahasa arab “al-khurafat” yang bererti dongeng, lagenda, cerita bohong dan kepercayaan tidak masuk akal. Secara istilah pula, Khurafat suatu kepercayan, keyakinan pandangan dan ajaran yang tidak memiliki dasar dari agama.

ISI

Patuh Syariah Dalam Filem

Menurut Marina Munira et al. (2011) fitrah manusia yang cenderung kepada perkara baharu mendorong ramai penggiat seni menghasilkan jalan cerita dramatik dalam mempublisiti karya mereka. Jill (2007) pula menyatakan bahawa filem adalah medium yang indah dan luar biasa yang telah menjadi terlalu biasa. Walaupun khalayak terkejut dengan jalan cerita dan plot, namun mereka menjangkakan bahawa filem akan menghasilkan gambar dan jalan cerita yang bagus dengan menghidupkan watak-watak lakonan. Kajian Asiah (2009) membahaskan mengenai faktorfaktor yang mempengaruhi kandungan nilai-nilai murni dan tidak murni dalam filem-filem tempatan serta persepsi khalayak terhadapnya. Menurut Syed Zulkifli (2010) penceritaan yang mematuhi syariah perlu melalui pembikinan filem yang penggayaan lakonan dan pemaparan pakaiannya tidak melanggar syariah. Namun, kebanyakan filem atau drama tempatan yang berunsur islami cenderung memaparkan peranan golongan ustaz dan agamawan yang klise. Golongan ini biasanya diberikan peranan sebagai penghalau hantu dan jin, pembaca doa, mengimamkan solat dan menangkap orang berkhalwat (Mohd Syukri 2012). Dusuki (2011) berpendapat bahawa filem dan drama merupakan elemen yang cukup berkesan dalam mencetuskan kesedaran dan keinsafan. Filem atau drama merupakan wahana yang penting untuk menyampaikan dakwah yang juga merupakan salah satu wadah dalam mempertahankan syiar Islam. Syed Zulkifli (2010) turut menyatakan bahawa filem dan TV merupakan medium yang penting dan perlu dikuasai oleh orang Islam. Penghasilan produk filem dan TV yang baik serta penerapan nilai-nilai Islam di dalamnya mampu menarik minat dan memberi kesan yang positif kepada penonton. Cabaran menggariskan panduan filem patuh syariah mestilah bertepatan dengan genre dakwah yang disampaikan. Mustafa (2010) pula menegaskan bahawa penyediaan garis panduan penting untuk menentukan matlamat utama. Selain itu, patuh syariah dalam filem seharusnya mengikuti piawaian yang berteraskan Islam. Elemen patuh syariah mengajak sasaran menjauhkan diri daripada melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. Ab. Aziz (1997) menyatakan bahawa penonjolan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam merupakan satu perkara yang penting dalam dakwah.


Ciri Ciri Khurafat Dan Tahyul Dalam Dunia Penerbitan

Berdasarkan garis panduan JAKIM 2009 antara ciri ciri khurafat dan tahyul seperti yang berikut :

1. Cerita cerita yang tidak didasarkan pada nas nas syarak sama ada al quran atau hadis.

2. Cerita cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.

3. Cerita cerita yang bersumber kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.

4. Cerita cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada ' makhluk halus ' bagi bertujuan           memudaratkan orang lain dan penyelewengan daripada akidah Islam.



PUNCA DAN AKIBAT DARIPADA PENGHASILAN FILEM YANG BERUNSURKAN KHURAFAT :


PUNCA : 

Akidah seseorang yang rosak seperti pergantungan seseorang terhadap sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dalam islam Allah memerintah manusia untuk mentauhidkan Allah semata mata ini bermakna tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T. Selain itu, pengetahuan luar biasa bomoh dalam hal-hal berkaitan perkara ghaib telah menyebabkan mereka terlalu yakin dengan pengetahuan dan kelebihan yang mereka ada sehingga menyebabkan masyarakat terpedaya dan meminta pertolongan daripada golongan ini daripda Allah. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tiada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah. Punca lain ialah wujudnya perasaan terlalu takut terhadap hantu, jin dan syaitan sehinggakan sanggup tunduk hormat kepada penunggu setiap kali melalui tempat yang dianggap keramat. Ada pula yang memberi pengeras malah membaca jampi mentera semata mata untuk mengelakkan bencana atau bala. Sebagai seoarang Islam, sewajibnya kita mendapatkan pertolongan dan berserah diri kepada Allah. Syaitan, binatang buas serta manusia tidak dapat mendatangkan manfaat atau menimpakan mudarat melainkan dengan izin Allah.

AKIBAT :


Terdapat beberapa unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik. Kekuatan kepercayaan terhadap hantu ini juga akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
Dalam hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan pengaruh filem hantu terhadap penonton; menyenaraikan kesan antaranya tidak nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat Islam terjamin.


Perbicangan Unsur-unsur Khurafat dalam filem “Munafik”.


Sebagaimana yang kita ketahui di Malaysia terdapat banyak penghasilan dan keluaran filem yang berunsurkan seram. Hal yang demikian kerana masyarakat masa ini lebih menyukai filem-filem berunsurkan seram dan perkara ini menyebabkan permintaan filem berunsurkan seram ini semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh sebab itu, wujudlah penghasilan filem-filem yang mengandungi unsur khurafat.
Filem yang kami pilih untuk kajian Unsur-unsur Khurafat dalam Filem ialah “Munafik”. Jika dirujuk dari tajunya mungkin tidak lihat dimana terletaknya unsur-unsur khurafat dalam kajian ini. Namun, setelah kami bertiga menonton file mini terdapat beberapa jalan cerita yang mengandungi unsur-unsur khurafat.
Filem Munafik ini mengisahkan seorang pengamal perubatan secara Islam yang bergelar Ustaz Adam, beliau mengharungi hidupnya selepas terlibat dalam sebuah kemalangan langgar lari yang telah menyebabkan kematian arwah isterinya Zulaikha dan anaknya Amir. Kisah hidup Ustaz Adam mula berubah apabila beliau menerima seorang pesakit wanita yang bernama Maria.
Maria merupakan seorang anak tunggal kepada salah seorang pengamal perubatan Islam yang Pak Osman. Maria juga mempunyai seorang ibu tiri bergelar Puan Zati. Maria telah menghidapi penyakit trauma dan gangguan emosi apabila terlibat dalam kemalangan yang dirancang oleh ayahnya sendiri Pak Osman.



Unsur-unsur khurafat mula timbul apabila Maria menemui sebuah kotak yang berisi tangkal di rumahnya. Tangkal itu merupakan milik Puan Zati yang mempercayai tangkal tersebut berfungsi sebagai perlindung kepada keluarganya. Namun, setelah kehadiran Ustaz Adam ke rumah mereka, beliau telah berjaya memusnahkan keujudan tangkal tersebut. Ustaz Adan juga telah memberi peringatan tentang keburukan penggunaan tangkal kepada Puan Zati yang telah melakukan perbuatan khurafat itu.
Seterusnya, unsur-unsur khurafat dapat dilihat daripada lakonan Pak Osman yang merupakan pengamal perubatan secara Islam pada awalnya telah mengamalkan ilmu hitam melalui perjanjian bersama Iblis iaitu merupakan salah satu kepercayaan khurafat yang sangat dilaknati Allah. Pak Osman terlibat dengan pengamalan perubatan ini apabila beliau menyimpan perasaan iri hati terhadap Ustaz Adam. Beliau sanggup mempergunakan anaknya Maria untuk membunuh Ustaz Adam. Perkara menjadi lebih teruk apabila Pak Osman telah meghantar santau kepada anaknya Maria. Hal yang demikian telah membuka jalan yang luas untuk beliau membunuh Ustaz Adam. Akibat daripada sikap mementingkan diri, Pak Osman telah mengakibatkan isteri dan anak Ustaz Adam serta sahabat baiknya yang merupakan imam di kampung tersebut maut dalam dua buah kemalangan. Pak Osman juga telah mengakibatkan anaknya Maria meninggal dunia. Perkara ini berpunca daripada hasutan syaitan kepada Pak Osman. Bagaimanapun, segala kejahatan Pak Osman berjaya ditindas dan dihapuskan oleh kuasa Allah s.w.t yang memberi perlindungan kepada Ustaz Adam.
Secara konklusinya, terdapat beberapa impak positif dan negative dalam filem Munafik ini. Impak positif yang boleh diambil adalah daripada lakonan Ustaz Adam yang sentiasa percaya dan yakin dengan kuasa Tuhan terhadap manusia. Di samping itu, beliau juga seorang yang prihatin terhadap masyarakat dan sentiasa berusaha untuk menghapuskan amalam khurafat dalam kalangan masyarakat di kampungnya. Manakala impak negatif yang perlu dihindari dan dielakkan ialah lakonan Pak Osman. Pak Osman ialah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan merupakan pengamal perubatan secara Islam yang baik. Namun begitu akibat daripada perasaan iri hati yang mendalam menyebabkan beliau bersikap zalim terhadap Ustaz Adam sekeluarga, sahabatnya dan anaknya Maria. Oleh yang demikian, sebagai seorang yang beragama islam kita perlulah entiasa percaya dan taat kepada perintah Allah. Serta menghindari amalan khurafat yang sangat dilarang dan dilaknati Allah.



CARA PENYELESAIAN DAN PENGAWALAN FILEM YANG BERUNSURKAN KHURAFAT


Sepertimana yang kita ketahui terdapat banyak nilai dan impak yang negatif dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat. Perkara ini terjadi berpunca daripada sikap sesetengah para pengarah filem yang tidak mengambil prihatin akan penghasilan filem yg dikeluarkan. Kebanyakan filem yang dihasilkan ini mempunyai unsur-unsur khurafat yang berlebihan sehingga boleh memberi pengaruh negatif kepada masyarakat di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai tindakan penyelesaian dan pengawalan perlulah diambil bagi memastikan pengaruh negatif ini terus berlarutan dan berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Tindakan utama yang perlu dilakukan ialah tindakan daripada pihak atasan yang memantau dan pengawalan penghasilan perfileman di Malaysia. Pihak utama yang perlu bertindak ialah Suruhanjaya Multimedia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pihak berkuasa ini haruslah sentiasa memastikan penghasilan filem-filem di Malaysia ini menepati piawaan yang ditetapkan dalam akta yang telah disabitkan. Filem yang dihasilkan juga perlulah ditapis dan diuji selidik terlebih dahulu secara lebih jelas oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FINAS juga hendaklah mendokumentasi, menyimpan, memelihara dan memulihara bahan kandungan audio visual filem yang dihasilkan secara berkesan. Hal yang demikian kerana bagi memastikan filem yang dihasilkan dan dikeluarkan tidaklah memberi impak yang negatif kepada masyarakat dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Di samping itu, para penerbit dan pengarah filem juga perlulah sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa dalam penghasilan filem. Antara garis panduan yang telah diwujudkan dan perlu dipatuhi ialah “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” pada tahun 1996 dan “Garis Panduan – Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang telah diwujudkan pada 21 November 2005, kedua-dua garis panduan ini telah yang diterbitkan oleh JAKIM dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dan khurafat dalam media elektronik. Filem yang dihasilkan juga perlulah sesuai mengikut peringkat umur dan peringkat kesihatan masyarakat untuk ditayangkan. Penerbit perlu menekankan larangan kepada para penonton tentang syarat-syarat tontonan filem seperti larangan bagi para ibu yang mengandung dan anak-anak kecil untuk tontonan filem seram. Perkara ini harus ditegaskan kerana setiap tontonan filem itu memberi impak dan kesan yang mendalam terhadap para penonton.
Selain itu, anggota masyarakaat terutamanya ibu bapa haruslah sentiasa prihatin dan bersikap tegas dalam memantau tontonan anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah sentiasa tegas dalam perhatian mereka, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelonggaran kepada anak-anak mereka untuk menonton filem-filem seram. Hal demikian kerana apabila anak-anak yang kecil dibiarkan menonton filem seram akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Mereka mungkin akan berasa takut untuk berada dalam kawasan gelap dan berfikiran yang tidak enak terhadap persekitaran sehingga menyebabkan mereka menerima ganguan emosi. Sebagai ibu bapa juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapanya, jika dicorak dengan baik maka baiklah hasilnya, jika salah coraknya maka buruklah hasilnya. Hal yang demikian kerana apabila anak-anak diberikan didikan agama yang cukup maka mereka tidak akan mudah terpedaya dengan unsur-unsur negatif yang memudaratkan daripada tayangan filem seram yang mereka tontoni.
Seterusnya, sebagai seorang umat Islam yang mempunyai pegangan agama yang baik hendaklah sentiasa tegas dan tidak memandang remeh dalam penghasilan filem khurafat ini. Mereka perlulah memastikan tayangan filem yang mereka tontoni bebas daripada unsur-unsur khurafat yang boleh mempengaruhi minda. Jika terdapat sebarang unsur-unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan, mereka seharunya membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti FINAS bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras dengan segera.
Natijahnya, semua pihak perlulah saling berganding bahu dan bekerjasama dalam penyelesaian dan pengawalan filem yang berunsurkan khurafat. Pihak-pihak yang berwajib seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlulah sentiasa melakukan pemantauan dan mengetatkan peraturan dalam bidang perfileman Negara ini supaya unsur-unsur khurafat ini dapat dibendung dan diatasi dengan sebaiknya. Manakala, masyarakat juga perlulah prihatin dan memandang tegas dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat ini. Jika terdapat sebarang unsur-unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan, masyarakat perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini demikian kerana unsur-unsur khurafat ini boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat sekeliling.





Pihak kerajaan diharap dapat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkatkan kawalan serta pelaksanaan undangundang yang tegas terhadap mereka yang cuba membawa atau menyebarkan sebarang ajaran yang bertentangan dengan ajaranIslam yang suci yang menjadi agama rasmi kerajaan. Kerajaan juga disarankan agar menyediakan peruntukan bagi mengadakanseminar, forum, dan majlis majlis ilmu yang membolehkan mereka yang menghadapi masalah ini mendalami serta merujukkepada pakar pakar bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Kerajaan juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari unsur-unsur khurafat dan bidaah di mediamassa agar tidak menjadi idea pencetus ke arah berlanjutannya ajaran sesat Kerajaan digesa supaya dapat mengadakan seminaratau forum kepada penerbit-penerbit filem agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan khurafat, bidaah serta ajaransesat terhadat agama dan negara. Setiap umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui tokoh tokohulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyaisalasilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luaspemikiran.Iklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am samada media cetak atau elektronik kepada seluruhwarga muslim dan rakyat negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala khurafat dan ajaran sesat yang bertentangan denganajaran islam.Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearahbahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap dan negara. Sebagai umat Islam dan rakyat dalamsesebuah negara islam, kita seharusnya melihat bahawa amalan dan fahaman khurafat dan bidaah adalah virus besar kepadaagama dan negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian khurafat yang berlaku di dalam masyarakat kepadapihak berkuasa agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh agama. Setiap individu muslim perlulah menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam kepada setiapindividu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat, caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalan-persoalan serta ajaran yang menyimpang dari islam seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam.Satu talian“Bebas Tol” perlu diadakan agar setiap aduan dapat ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi membendung danseterusnya menghapuskan kemungkaran yang berlaku.



Kesimpulan


Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.

Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
Sumber Rujukan