PENGENALAN
Amalan
khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman arab jahiliyyah lagi.
Sehingga kini amalan tersebut masih menjadi amalan dalam masyarakat
islam.Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah islam.Amalan
khurafat mengalir pengantungan manusia daripada Khalik iaitu Allah kepada
makhluk yang dicipta oleh Allah. Tajuk yang kami bincangkan ialah megenai
unsur-unsur khurafat dalam filem.Khurafat ialah suatu kepercayaan dan perbuatan
karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada
hakikatnya ia sebenarnye dilarang oleh agama islam kerana bertentangan dengan
konsep tauhid dan syariat dalam islam. Selain itu,hal ini dapat memesongkan
akidah kita sehingga boleh mengakibatkan kita menyekutukan Allah. Antara contoh
perbuatan karut yang diamalkan oleh masyarakat kita pada zaman ini ialah
mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada
seseorang,mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau
sial,membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi kubur dianggap
keramat. Pada masa kini kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan
termasuklah perfileman yang berusurkan hantu dan seram. Namun, bentuk bentuk
hiburan sebegini dapat mengundang kealpaan kepada masyarakat. Lambakan drama
dan filem yang berunsurkan tahyul,bidaah dan khurafat mula mendapat kritikan
daripada masyarakat yang prihatin dengan perkembangan ini. Ada yang mula
merasai keperluan untuk menghadkan pengeluaran drama dan filem sebegini, kerana
dikhuatiri mampu mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Antara filem
Malaysia yang mengandungi unsur khurafat ialah Munafik, Jangan pandang belakang,Pontianak
harum sundal malam, Susuk dan lain-lain lagi. Khurafat berasal dari perkataan
Bahasa arab “al-khurafat” yang bererti dongeng, lagenda, cerita bohong dan
kepercayaan tidak masuk akal. Secara istilah pula, Khurafat suatu kepercayan,
keyakinan pandangan dan ajaran yang tidak memiliki dasar dari agama.
No comments:
Post a Comment