ISI
Patuh Syariah Dalam Filem
Menurut Marina Munira et al. (2011) fitrah manusia yang cenderung kepada perkara baharu
mendorong ramai penggiat seni menghasilkan jalan cerita dramatik dalam mempublisiti karya
mereka. Jill (2007) pula menyatakan bahawa filem adalah medium yang indah dan luar biasa yang
telah menjadi terlalu biasa. Walaupun khalayak terkejut dengan jalan cerita dan plot, namun
mereka menjangkakan bahawa filem akan menghasilkan gambar dan jalan cerita yang bagus
dengan menghidupkan watak-watak lakonan. Kajian Asiah (2009) membahaskan mengenai faktorfaktor
yang mempengaruhi kandungan nilai-nilai murni dan tidak murni dalam filem-filem
tempatan serta persepsi khalayak terhadapnya. Menurut Syed Zulkifli (2010) penceritaan yang
mematuhi syariah perlu melalui pembikinan filem yang penggayaan lakonan dan pemaparan
pakaiannya tidak melanggar syariah. Namun, kebanyakan filem atau drama tempatan yang
berunsur islami cenderung memaparkan peranan golongan ustaz dan agamawan yang klise.
Golongan ini biasanya diberikan peranan sebagai penghalau hantu dan jin, pembaca doa,
mengimamkan solat dan menangkap orang berkhalwat (Mohd Syukri 2012).
Dusuki (2011) berpendapat bahawa filem dan drama merupakan elemen yang cukup
berkesan dalam mencetuskan kesedaran dan keinsafan. Filem atau drama merupakan wahana yang
penting untuk menyampaikan dakwah yang juga merupakan salah satu wadah dalam
mempertahankan syiar Islam. Syed Zulkifli (2010) turut menyatakan bahawa filem dan TV
merupakan medium yang penting dan perlu dikuasai oleh orang Islam. Penghasilan produk filem
dan TV yang baik serta penerapan nilai-nilai Islam di dalamnya mampu menarik minat dan
memberi kesan yang positif kepada penonton. Cabaran menggariskan panduan filem patuh syariah
mestilah bertepatan dengan genre dakwah yang disampaikan. Mustafa (2010) pula menegaskan
bahawa penyediaan garis panduan penting untuk menentukan matlamat utama. Selain itu, patuh
syariah dalam filem seharusnya mengikuti piawaian yang berteraskan Islam. Elemen patuh syariah
mengajak sasaran menjauhkan diri daripada melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT.
Ab. Aziz (1997) menyatakan bahawa penonjolan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam merupakan satu perkara yang penting dalam dakwah.
Ciri Ciri Khurafat Dan Tahyul Dalam Dunia Penerbitan
Berdasarkan garis panduan JAKIM 2009 antara ciri ciri khurafat dan tahyul seperti yang berikut :
1. Cerita cerita yang tidak didasarkan pada nas nas syarak sama ada al quran atau hadis.
2. Cerita cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
3. Cerita cerita yang bersumber kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
4. Cerita cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada ' makhluk halus ' bagi bertujuan memudaratkan orang lain dan penyelewengan daripada akidah Islam.
PUNCA
DAN AKIBAT DARIPADA PENGHASILAN FILEM YANG BERUNSURKAN KHURAFAT :
PUNCA
:
Akidah seseorang yang rosak seperti pergantungan
seseorang terhadap sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dalam islam Allah
memerintah manusia untuk mentauhidkan Allah semata mata ini bermakna tiada
siapa yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T. Selain itu, pengetahuan luar
biasa bomoh dalam hal-hal berkaitan perkara ghaib telah menyebabkan mereka terlalu
yakin dengan pengetahuan dan kelebihan yang mereka ada sehingga menyebabkan
masyarakat terpedaya dan meminta pertolongan daripada golongan ini daripda
Allah. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tiada yang mengetahui
perkara ghaib kecuali Allah. Punca lain ialah wujudnya perasaan terlalu takut
terhadap hantu, jin dan syaitan sehinggakan sanggup tunduk hormat kepada
penunggu setiap kali melalui tempat yang dianggap keramat. Ada pula yang
memberi pengeras malah membaca jampi mentera semata mata untuk mengelakkan
bencana atau bala. Sebagai seoarang Islam, sewajibnya kita mendapatkan
pertolongan dan berserah diri kepada Allah. Syaitan, binatang buas serta
manusia tidak dapat mendatangkan manfaat atau menimpakan mudarat melainkan
dengan izin Allah.
AKIBAT
:
Terdapat beberapa unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para
penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka
ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses
belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh
merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri
penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran
Islam.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem
berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama
Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua,
dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran
dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga
mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya
wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram
kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada
hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat
berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap
kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik. Kekuatan kepercayaan terhadap hantu
ini juga akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
Dalam hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka
terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika
berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana
rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan
berlarutan dan perlu ditangani segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan
pengaruh filem hantu terhadap penonton; menyenaraikan kesan antaranya tidak
nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang
daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem
ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang
terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما
سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا
يؤمنون
“Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah
mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya
pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang
sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan
keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah
menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang
diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di
Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem
yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat
oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama
Islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu
dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat Islam terjamin.
Perbicangan Unsur-unsur Khurafat dalam filem “Munafik”.
Sebagaimana
yang kita ketahui di Malaysia terdapat banyak penghasilan dan keluaran filem
yang berunsurkan seram. Hal yang demikian kerana masyarakat masa ini lebih
menyukai filem-filem berunsurkan seram dan perkara ini menyebabkan permintaan
filem berunsurkan seram ini semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh sebab
itu, wujudlah penghasilan filem-filem yang mengandungi unsur khurafat.
Filem yang kami pilih untuk kajian Unsur-unsur Khurafat dalam Filem ialah
“Munafik”. Jika dirujuk dari tajunya mungkin tidak lihat dimana terletaknya
unsur-unsur khurafat dalam kajian ini. Namun, setelah kami bertiga menonton
file mini terdapat beberapa jalan cerita yang mengandungi unsur-unsur khurafat.
Filem Munafik ini mengisahkan seorang pengamal perubatan secara Islam yang
bergelar Ustaz Adam, beliau mengharungi hidupnya selepas terlibat dalam sebuah
kemalangan langgar lari yang telah menyebabkan kematian arwah isterinya
Zulaikha dan anaknya Amir. Kisah hidup Ustaz Adam mula berubah apabila beliau
menerima seorang pesakit wanita yang bernama Maria.
Maria merupakan seorang anak tunggal kepada salah seorang pengamal perubatan
Islam yang Pak Osman. Maria juga mempunyai seorang ibu tiri bergelar Puan Zati.
Maria telah menghidapi penyakit trauma dan gangguan emosi apabila terlibat
dalam kemalangan yang dirancang oleh ayahnya sendiri Pak Osman.
Unsur-unsur
khurafat mula timbul apabila Maria menemui sebuah kotak yang berisi tangkal di
rumahnya. Tangkal itu merupakan milik Puan Zati yang mempercayai tangkal
tersebut berfungsi sebagai perlindung kepada keluarganya. Namun, setelah
kehadiran Ustaz Adam ke rumah mereka, beliau telah berjaya memusnahkan keujudan
tangkal tersebut. Ustaz Adan juga telah memberi peringatan tentang keburukan
penggunaan tangkal kepada Puan Zati yang telah melakukan perbuatan khurafat
itu.
Seterusnya, unsur-unsur khurafat dapat dilihat daripada lakonan Pak Osman yang
merupakan pengamal perubatan secara Islam pada awalnya telah mengamalkan ilmu
hitam melalui perjanjian bersama Iblis iaitu merupakan salah satu kepercayaan
khurafat yang sangat dilaknati Allah. Pak Osman terlibat dengan pengamalan
perubatan ini apabila beliau menyimpan perasaan iri hati terhadap Ustaz Adam.
Beliau sanggup mempergunakan anaknya Maria untuk membunuh Ustaz Adam. Perkara
menjadi lebih teruk apabila Pak Osman telah meghantar santau kepada anaknya
Maria. Hal yang demikian telah membuka jalan yang luas untuk beliau membunuh
Ustaz Adam. Akibat daripada sikap mementingkan diri, Pak Osman telah
mengakibatkan isteri dan anak Ustaz Adam serta sahabat baiknya yang merupakan
imam di kampung tersebut maut dalam dua buah kemalangan. Pak Osman juga telah
mengakibatkan anaknya Maria meninggal dunia. Perkara ini berpunca daripada
hasutan syaitan kepada Pak Osman. Bagaimanapun, segala kejahatan Pak Osman
berjaya ditindas dan dihapuskan oleh kuasa Allah s.w.t yang memberi
perlindungan kepada Ustaz Adam.
Secara konklusinya, terdapat beberapa impak positif dan negative dalam filem
Munafik ini. Impak positif yang boleh diambil adalah daripada lakonan Ustaz
Adam yang sentiasa percaya dan yakin dengan kuasa Tuhan terhadap manusia. Di
samping itu, beliau juga seorang yang prihatin terhadap masyarakat dan sentiasa
berusaha untuk menghapuskan amalam khurafat dalam kalangan masyarakat di
kampungnya. Manakala impak negatif yang perlu dihindari dan dielakkan ialah
lakonan Pak Osman. Pak Osman ialah seorang yang mempunyai ilmu agama yang
tinggi dan merupakan pengamal perubatan secara Islam yang baik. Namun begitu
akibat daripada perasaan iri hati yang mendalam menyebabkan beliau bersikap
zalim terhadap Ustaz Adam sekeluarga, sahabatnya dan anaknya Maria. Oleh yang
demikian, sebagai seorang yang beragama islam kita perlulah entiasa percaya dan
taat kepada perintah Allah. Serta menghindari amalan khurafat yang sangat
dilarang dan dilaknati Allah.
CARA PENYELESAIAN DAN PENGAWALAN FILEM YANG BERUNSURKAN KHURAFAT
Sepertimana yang kita ketahui terdapat banyak nilai dan impak yang negatif
dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat. Perkara ini terjadi berpunca
daripada sikap sesetengah para pengarah filem yang tidak mengambil prihatin
akan penghasilan filem yg dikeluarkan. Kebanyakan filem yang dihasilkan ini
mempunyai unsur-unsur khurafat yang berlebihan sehingga boleh memberi pengaruh
negatif kepada masyarakat di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai
tindakan penyelesaian dan pengawalan perlulah diambil bagi memastikan pengaruh
negatif ini terus berlarutan dan berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Tindakan utama yang perlu dilakukan ialah tindakan daripada pihak atasan yang
memantau dan pengawalan penghasilan perfileman di Malaysia. Pihak utama yang
perlu bertindak ialah Suruhanjaya Multimedia dan Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia. Pihak berkuasa ini haruslah sentiasa memastikan
penghasilan filem-filem di Malaysia ini menepati piawaan yang ditetapkan dalam
akta yang telah disabitkan. Filem yang dihasilkan juga perlulah ditapis dan
diuji selidik terlebih dahulu secara lebih jelas oleh Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional Malaysia (FINAS). FINAS juga hendaklah mendokumentasi, menyimpan,
memelihara dan memulihara bahan kandungan audio visual filem yang dihasilkan
secara berkesan. Hal yang demikian kerana bagi memastikan filem yang dihasilkan
dan dikeluarkan tidaklah memberi impak yang negatif kepada masyarakat dan
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Di samping itu, para penerbit dan pengarah filem juga perlulah sentiasa
mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa dalam
penghasilan filem. Antara garis panduan yang telah diwujudkan dan perlu
dipatuhi ialah “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam”
pada tahun 1996 dan “Garis Panduan – Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual
Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli
Sunnah Wal Jamaah” yang telah diwujudkan pada 21 November 2005, kedua-dua garis
panduan ini telah yang diterbitkan oleh JAKIM dalam usaha membenteras
kebendungan gejala tahyul dan khurafat dalam media elektronik. Filem yang
dihasilkan juga perlulah sesuai mengikut peringkat umur dan peringkat kesihatan
masyarakat untuk ditayangkan. Penerbit perlu menekankan larangan kepada para
penonton tentang syarat-syarat tontonan filem seperti larangan bagi para ibu
yang mengandung dan anak-anak kecil untuk tontonan filem seram. Perkara ini
harus ditegaskan kerana setiap tontonan filem itu memberi impak dan kesan yang
mendalam terhadap para penonton.
Selain itu, anggota masyarakaat terutamanya ibu bapa haruslah sentiasa prihatin
dan bersikap tegas dalam memantau tontonan anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah
sentiasa tegas dalam perhatian mereka, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya
memberi kelonggaran kepada anak-anak mereka untuk menonton filem-filem seram.
Hal demikian kerana apabila anak-anak yang kecil dibiarkan menonton filem seram
akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Mereka mungkin akan berasa
takut untuk berada dalam kawasan gelap dan berfikiran yang tidak enak terhadap
persekitaran sehingga menyebabkan mereka menerima ganguan emosi. Sebagai ibu
bapa juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan didikan agama yang
secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan
oleh ibu bapanya, jika dicorak dengan baik maka baiklah hasilnya, jika salah
coraknya maka buruklah hasilnya. Hal yang demikian kerana apabila anak-anak
diberikan didikan agama yang cukup maka mereka tidak akan mudah terpedaya
dengan unsur-unsur negatif yang memudaratkan daripada tayangan filem seram yang
mereka tontoni.
Seterusnya, sebagai seorang umat Islam yang mempunyai pegangan agama yang baik
hendaklah sentiasa tegas dan tidak memandang remeh dalam penghasilan filem
khurafat ini. Mereka perlulah memastikan tayangan filem yang mereka tontoni
bebas daripada unsur-unsur khurafat yang boleh mempengaruhi minda. Jika
terdapat sebarang unsur-unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan,
mereka seharunya membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti FINAS bagi
memastikan kegiatan ini dapat dibanteras dengan segera.
Natijahnya, semua pihak perlulah saling berganding bahu dan bekerjasama dalam
penyelesaian dan pengawalan filem yang berunsurkan khurafat. Pihak-pihak yang
berwajib seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlulah
sentiasa melakukan pemantauan dan mengetatkan peraturan dalam bidang perfileman
Negara ini supaya unsur-unsur khurafat ini dapat dibendung dan diatasi dengan
sebaiknya. Manakala, masyarakat juga perlulah prihatin dan memandang tegas
dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat ini. Jika terdapat sebarang
unsur-unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan, masyarakat perlu
membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini demikian kerana unsur-unsur
khurafat ini boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat sekeliling.
Pihak kerajaan diharap dapat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
meningkatkan kawalan serta pelaksanaan undangundang yang tegas terhadap mereka
yang cuba membawa atau menyebarkan sebarang ajaran yang bertentangan dengan
ajaranIslam yang suci yang menjadi agama rasmi kerajaan. Kerajaan juga
disarankan agar menyediakan peruntukan bagi mengadakanseminar, forum, dan majlis
majlis ilmu yang membolehkan mereka yang menghadapi masalah ini mendalami serta
merujukkepada pakar pakar bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Kerajaan
juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari unsur-unsur
khurafat dan bidaah di mediamassa agar tidak menjadi idea pencetus ke arah
berlanjutannya ajaran sesat Kerajaan digesa supaya dapat mengadakan seminaratau
forum kepada penerbit-penerbit filem agar memahami unsur-unsur syirik dan
bahaya amalan khurafat, bidaah serta ajaransesat terhadat agama dan negara.
Setiap umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui tokoh
tokohulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang lengkap yang ditimba
dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyaisalasilah pengajian yang jelas) serta
melalui kitab kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar
luaspemikiran.Iklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am
samada media cetak atau elektronik kepada seluruhwarga muslim dan rakyat negara
ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala khurafat dan ajaran sesat yang
bertentangan denganajaran islam.Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa peka
dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearahbahayanya
keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap dan negara.
Sebagai umat Islam dan rakyat dalamsesebuah negara islam, kita seharusnya
melihat bahawa amalan dan fahaman khurafat dan bidaah adalah virus besar
kepadaagama dan negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian
khurafat yang berlaku di dalam masyarakat kepadapihak berkuasa agar terhapusnya
gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh agama. Setiap individu muslim
perlulah menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam
kepada setiapindividu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat, caranya
dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalan-persoalan serta ajaran
yang menyimpang dari islam seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan
umat Islam.Satu talian“Bebas Tol” perlu diadakan agar setiap aduan dapat
ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi membendung danseterusnya
menghapuskan kemungkaran yang berlaku.